Friday, July 3, 2009

Perkongsian Kisah PTD

http://lllxillixaxillixalll.blospot.com/ tentang pegawai tadbir diplomatik

hari ini hari sabtu.. hari ini ramai juga calon yang menghadiri peperiksaan memasuki perkhidmatan awan utk jawatan pegawai tadbir dan diplomatik... aku je tak apply.. ramai yang tanya kat aku termasuk suami aku... "kenapa tak mohon PTD?" ntahlah.. aku dah naik malas nak apply.. kecewa.. mungkin... penat..mungkin...izz emir haq masih menyusu badan... mungkin alasan.. ah itu semua alasan.. kalau hendak seribu daya bukan... ntah lah.. aku dah naik malas.. bukan senang nak lulus.. aku apply...since 2002... lepas grad beli borang dengan kawan aku si aida.. isi borang hantar... gi exam berkali kali... tapi sekali je lulus... aku pun tak tau kenapa aku asyik gagal je amik exam ptd tu... pelik...exam utk jawatan dalam SPA..lulus aje... entah lah.. entah lah.. muak aku dengan jawapan entah lah aku...

daripada zaman isi form sampailah apply online.. macam tu jugak aku...

kenapa kenapa...

oh ya...

suami aku sedang berjuang... dia amik exam PTD hari ini kat Hotel Malaya KL.. aku di melaka.. malas nak ikut... aku kan tak suka tidor rumah orang... nak tidor umah mak.. mak aku pulak balik kampung lekuk kat ulu yam... malas pulak nak ke ulu yam.. wah dah lama aku tak jenguk mak aku.. aku merajuk ngan mak aku...

(pehal lah pulak anak merajuk ngan mak nih...)

abg... moga berjaya... ye!!! kami anak beranak doakan abg berjaya kali ini... suami aku yang aku sayang sangat itu pun dah banyak kali apply.. . dah banyak kali seat exam PTD.. tp hampeh je result.. belum rezeki kot... suami yang aku sayang sangat itu... teruja kembali apabila melihat bekas rakan sekerja berjaya melepasi exam dan juga saringan di PAC...

usaha tangga kejayaan...

aku pulak.. ingat nak mohon KPLI n DPLI.. aku sebenarnya suka mengajar.. tapi aku benci nak jawab bila ada temuduga tanya aku kenapa nak mengajar.. malas betol nak jawab... aku lebih suka... kalau diadakan penilaian mengajar di sekolah.. di situ penemuduga boleh nampak kesungguhan kita dan bagaimana anak anak menerima kita sebagai pengajar... kan best gitu...

adalah sesuatu yang tak best bila kena jawab "tell us about yourself"

sesuatu yang dah muak sesangat....

yang lepas semua yang pandai kipas.. wah ... aku kemain beremo kat sini....

waaaa.. cakap je lebih eh...

kalau lah aku jadi cikgu.. mesti ramai tak suka... aku nih garang.. pernah 2-3 orang anak murid (home tuition..dulu) aku kerjakan... ha ha ha... sampai menangis... meleleh air mata aku kerjakan... anak murid lelaki pulak tu yang menangis... yang perempuan ok n maintain jer... bila aku marah merajuk... lepas tu.. "akak kita tak faham lah.. akak kita nak akak ajar kita sampai faham..."

pasal tak bawak buku n curi curi seludup wording utk spelling.... satu hal.. aku nak adukan kat bapak dia.. mak dia soh cover... cemana ek nnt... kalau ada ramai anak murid kat sekolah.. hurm.. kena cekal layan karenah mak bapak....

nak tgk gambar dorang masa aku ngajar... ge ge ge... aku rasa ada kat fotopages... yang laki aku rakam sorang budak menangis dia tak upload... tak baik aib kan org kan...

yang degil n melawan pun ada... ni ha ada je dlm umah aku bertempek.. kadang kadang dorang ada datang umah ty ty mana mana yang tak faham...

Panduan PTD dan Tip PTD

Monday, June 29, 2009

Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Perkongsian Pegawai PTD;

Semasa saya mula-mula berkhidmat sebagai PTD, kesemua Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan berselerak di sekitar Kuala Lumpur. Sekarang hampir kesemuanya telah ditempatkan di Putrajaya. Saya sebenarnya tak sempat berkhidmat di sana kerana Kementerian Kewangan, iaitu, Kementerian terakhir saya masih belum berpindah semasa saya bertukar ke Perak.

Pegawai Tadbir dan Diplomatik: Dari Putrajaya ke Selama, ini sebenarnya lebih kepada untuk memberi sedikit gambaran tentang bidang tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik atau PTD. Banyak teori-teori telah ditulis di www(internet) tentang hal tersebut. Bidang tugas PTD telah dinyatakan sebagai merancang kepadalah menyelia perkara-perkara dari Ekonomi kepada Keselamatan.

Perkara di atas akan saya huraikan sedikit demi sedikit. Saya juga akan cuba mengaitkan perkara tersebut dengan pengalaman saya sendiri berkhidmat dengan beberapa buah Kementerian dan Agensi dari mula perkhidmatan sehingga sekarang.

Monday, June 22, 2009

Apa itu Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan suatu jentera pentadbiran atau kuasa eksekutif dalam melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif dan matlamat negara. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan (Per. 132) Perkhidmatan Awam terdiri daripada Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pasukan Polis, Perkhidmatan Awam Bersama, Perkhidmatan Awam Negeri dan juga Perkhidmatan Pendidikan. Tujuan utama Perkhidmatan Awam ditubuhkan adalah untuk membentuk suatu persekitaran masyarakat yang yang baik dari segi keamanan, ketenteraman, pelajaran, keadilan, kebebasan, kesihatan dan membangun dari segi ekonomi dan sosial.

Perkhidmatan Awam mempunyai fungsi dan peranan yang pelbagai seperti membantu dalam penggubalan polisi dan dasar kerajaan, menjadi penasihat kepada kerajaan, serta merancang, melaksana dan memantau dasar, program dan aktiviti kerajaan. Untuk itu, Perkhidmatan Awam mempunyai pelbagai jabatan, agensi dan badan yang mempunyai pengkhususan masing-masing yang mempunyai kepentingan kepada rakyat dan negara. Di dalam Perkhidmatan Awam, terdapat sebanyak 278 skim perkhidmatan, termasuklah Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services (MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.

Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah terlibat dalam setiap peringkat pembangunan negara, sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dengan peringkat pengukuhan struktur pentadbiran negara (1950an sehingga lewat 1960an) dan peringkat perlaksanaan program pembangunan infrastruktur sosial, ekonomi dan perindustrian (1970an). Pada 1960an dan 1970an juga perkhidmatan awam merupakan engine of growth kepada negara sebelum dipindahkan kepada sektor swasta, dan diteruskan pada era 1980an sehingga sekarang dengan peranan untuk bertindak sebagai pemacu dan pemandu kepada kemajuan negara.

Bagi kebanyakan orang, tugas utama bagi penjawat dalam perkhidmatan ini sudah pasti, tidak lain dan tidak bukan, iaitu sebagai diplomat dimana-mana kedutaan ataupun pejabat pesuruhjaya tinggi di negara-negara asing. Kebanyakan dari pemohon-pemohon juga sewaktu sesi temuduga apabila ditanyakan tentang bidang tugas PTD, pasti akan menjawab bidang tugas PTD ialah sebagai diplomat, bertugas dengan Wisma Putra, dan sentiasa ke luar negeri. Ini merupakan suatu tanggapan cetek dan terlalu sempit sedangkan bidang tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah amat luas. Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebenarnya mengisi pelbagai peringkat jawatan

Sebenarnya, perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan Sumber Kewangan. Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa.

Perkhidmatan ini memegang kepimpinan utama di semua kementerian dan di pelbagai jabatan persekutuan serta sebahagian pentadbiran negeri sebagai Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Duta, dan juga Pegawai Daerah.